SEJARAH PENUBUHAN

F.I.T Center Sdn. Bhd. (FITEC) atau Pusat Sumber Teknologi Perabot MARA (No. Pendaftaran Syarikat 288508-T), merupakan sebuah syarikat milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). FITEC beroperasi di bawah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA (BPU). Syarikat ini telah didaftarkan pada 28 Januari 1994 di bawah Akta Syarikat 1965 dan telah beroperasi sepenuhnya sejak tahun 1995. Lokasinya terletak di Lot PT 6301, Mukim Batu, Off KM13, Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur iaitu bersebelahan dengan Kawasan Industri Kecil MARA, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Penubuhan FITEC adalah hasil dari kajian mengenai industri perabot dan tanggam Bumiputera di Malaysia oleh Japan International Cooperation Agency (JICA), Technonet Asia dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pusat ini telah ditubuhkan dengan bantuan kepakaran dan kewangan dari United Nations Development Program (UNDP) dan Kerajaan Malaysia melalui MARA. FITEC kini berperanan sebagai agensi pelaksana dalam meningkatkan lagi pembangunan industri perabot Bumiputera di Malaysia.