Polisi Tiada Hadiah

 

Sebagai sebuah organisasi amanah, MARA komited meningkatkan system penyampaian berintegriti dalam tadbir urus korporat.

Anggota kerja MARA dikehendaki berurusan atas kepentingan MARA dan mengelak daripada melakukan urusan yang menjejaskan kepentingan MARA.

“Polisi Tiada Hadiah” wajib dipatuhi di semua Pusat Pentadbiran MARA termasuk anak syarikat dan subsidiari.

 

Melalui polisi ini anggota kerja MARA tidak dibenarkan :

  • Menerima sebarang hadiah secara peribadi dalam pelbagai bentuk daripada mana-mana pihak luar yang terlibat secara langsung dengan MARA.
  • Memberi sebarang hadiah secara peribadi dalam pelbagai bentuk kepada mana-mana pihak luar yang terlibat secara langsung dengan MARA.

 

Walau bagaimanapun hadiah berbentuk cenderahati korporat yang disampaikan kepada pihak MARA oleh rakan usaha sama atau daripada MARA kepada pihak luar atas urusan rasmi adalah dibenarkan.

 

Polisi ini bagi mengelakkan sebarang persepsi wujudnya konflik kepentingan yang membabitkan mana-mana pihak.

 

 

 

 

 

Copyright © 2016 F.I.T Center. All Rights Reserved

Copyright © 2016 F.I.T Center. All Rights Reserved