"Premier In Furniture Industry"
 
Ogos, 2010
Pembaca yang budiman

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca Buletin FITEC keluaran Ogos, 2010. Penerbitan buletin dwibahasa secara bulanan ini adalah merupakan aktiviti penyebaran maklumat menggunakan kaedah ekonomik dan pantas bagi menyalurkan maklumat, laporan dan artikel berkaitan industri perabot kepada usahawan dan para pembaca. Sebarang maklumat, artikel atau cadangan yang berinformasi untuk dikongsikan bersama adalah dialu-alukan dan bolehlah diemailkan ke info@fitec.com.my.
NOTA KURSUS - APAKAH ‘FIXTURE’?

‘FIXTURE’ ialah sebuah alat yang berfungsi sama seperti ‘jig’ tetapi ianya memandu mata alat pemotong dan ianya dipasang pada mesin bagi tujuan tertentu seperti:

  1. Mengilang atau memproses benda kerja
  2. Mengetam
  3. Menebuk
  4. Membentuk
  5. Mengasah

Kelebihan atau kebaikan menggunakan ‘Jig’ dan ‘Fixture’.

Meningkatkan pengeluaran/meningkatkan produktiviti
- Mempercepatkan sesuatu proses kerja
- Contohnya : kerja mengukur, menggunakan kayu penanda ianya boleh dijalankan dengan tepat dan cepat.  (biasanya menggunakan pembaris atau pun pita ukur)

Meningkatkan mutu pengeluaran
- Secara menyeragamkan tahap kualiti sesuatu barangan yang dihasilkan tanpa mengira kemahiran pekerja.
- Kerja yang rumit atau susah mampu dilakukan oleh pekerja yang tidak mahir dengan bantuan ‘Jig’.

Mendapatkan saiz dan menetapkan bentuk yang sama atau seragam
- ‘Jig dan ‘Fixture’ adalah sama fungsinya seperti acuan.  Oleh yang demikian dengan menggunakan acuan akan menghasilkan produk atau barangan yang seragam samaada dari segi saiz atau bentuknya.
- Kelebihan produk atau barangan yang mempunyai saiz dan bentuk yang sama ialah mudah untuk menjalankan konsep saling menukar atau digunakan untuk omponen-komponen lain.

Menjimatkan masa
- Mempercepatkan proses kerja di mana setiap komponen yang ber’profile’ terutamanya akan dapat dibuat tanpa keraguan.
- Sekiranya ‘Jig’ diperbuat dari bahan yang tahan lama, ianya dapat digunakan berulang-ulang kali tanpa perlu membuat ‘jig’ yang baru.

Mengurangkan kos pengeluaran
- Keperluan tenaga pekerja mahir dapat dikurangkan.
- Mengurangkan penggunaan tenaga elektrik di mana proses kerja dijalankan dengan pantas dan bersistematik.
- Membentuk etika kerja yang baik, menghargai masa, mengurangkan bahan buangan, menjimatkan kos dan sebagainya.

Mengurangkan tenaga pekerja
-
Pekerjaan yang biasanya dilakukan oleh dua orang atau lebih kini boleh dilakukan secara sempurna jika menggunakan ‘Jig’ dan ‘Fixture’.  Contohnya : memasang komponen perabot (Sub-assembly).

Oleh: Haji Sabri Yaacob

 
-----------------------------------------------------------------
 
Isu Bulan Ini:

lawatan kerja
program R&D
apakah fixture?
AITE Dhaka
kemahiran diri
petua/tips
artikel seantero
 

Kata-kata Hikmah

"Be true to your work, your word, and your friend."

- Henry David Thoreau-

Muka Utama | Arkib Buletin
Copyright © 2010
Pusat Sumber Teknologi Perabot MARA (288508-T)
Off Km 13, Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur, Malaysia.
tel: 603-6187 6195 / 96 | fax: 603-6187 6198
url: www.fitec.com.my | email: info@fitec.com.my