"Premier In Furniture Industry"
 
Disember, 2010
Pembaca yang budiman

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca Buletin FITEC keluaran Disember, 2010. Penerbitan buletin dwibahasa secara bulanan ini adalah merupakan aktiviti penyebaran maklumat menggunakan kaedah ekonomik dan pantas bagi menyalurkan maklumat, laporan dan artikel berkaitan industri perabot kepada usahawan dan para pembaca. Sebarang maklumat, artikel atau cadangan yang berinformasi untuk dikongsikan bersama adalah dialu-alukan dan bolehlah diemailkan ke info@fitec.com.my.

NOTA KURSUS - KUALITI PENGELUARAN PERABOT FITEC

PENGENALAN

Kualiti pengeluaran sesuatu perabot adalah menunjukkan hasil sesuatu pengeluaran perabot itu selepas melalui beberapa proses dari peringkat awal sehinggalah ke peringkat akhir. Setiap peringkat pengeluaran perlu dikawal dengan teliti bagi memastikan hasil yang di perolehi adalah memenuhi standard yang dikehendaki. Oleh sebab itu, ilmu mengenai kawalan kualiti perlu ada pada setiap usahawan perabot atau pekerja mereka bagi memastikan pelaburan yang telah dilakukan terhadap perniagaan ini mendapat pulangan yang setimpal.


DEFINASI KUALITI

Mengikut istilah ISO, kualiti ditakrifkan sebagai gambaran atau karektor keseluruhan atau perkhidmatan atau proses di mana menepati kehendak pembeli dengan harga yang boleh dibeli.


DEFINASI KAWALAN KUALITI

Sementara itu, kawalan kualiti adalah bermaksud ‘pengurusan proses pengeluaran untuk memastikan barangan keluaran menepati kehendak pembeli’.


PERLAKSANAAN KAWALAN KUALITI

Dua aspek penting dalam kawalan kualiti pengeluaran ialah:

1. Peraturan standard yang di gunakan sebelum dan semasa proses pengeluaran agar mencapai keseragaman kualiti dan mencegah dari pembaziran dan kesilapan pengeluaran.

2. Peraturan dan teknik peningkatan kualiti.

Bersambung di keluaran akan datang...

Oleh: Haji Sabri Yaacob

-----------------------------------------------------------------
 
Isu Bulan Ini:

lawatan kerja
nota kursus
halatuju pembuatan
how to motivate
petua/tips
artikel seantero
 

Kata-kata Hikmah

"Yang selalu membunuh kebijaksanaan seseorang adalah tamaknya."

- Saiyidina Ali -

Muka Utama | Arkib Buletin
Copyright © 2010
Pusat Sumber Teknologi Perabot MARA (288508-T)
Off Km 13, Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur, Malaysia.
tel: 603-6187 6195 / 96 | fax: 603-6187 6198
url: www.fitec.com.my | email: info@fitec.com.my