"Premier In Furniture Industry"
 
Disember, 2010
Pembaca yang budiman

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca Buletin FITEC keluaran Disember, 2010. Penerbitan buletin dwibahasa secara bulanan ini adalah merupakan aktiviti penyebaran maklumat menggunakan kaedah ekonomik dan pantas bagi menyalurkan maklumat, laporan dan artikel berkaitan industri perabot kepada usahawan dan para pembaca. Sebarang maklumat, artikel atau cadangan yang berinformasi untuk dikongsikan bersama adalah dialu-alukan dan bolehlah diemailkan ke info@fitec.com.my.
PROGRAM / LAWATAN KERJA / DELEGASI KE FITEC

PROGRAM PAMERAN SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI 2010 (SDSI 2010) DI MITC, AYER KEROH, MELAKA

PROGRAM Showcase Satu Daerah Satu Industri 2010 (SDSI 2010) yang  dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) merupakan sebuah pameran tahunan terbesar yang menghimpunkan produk/perkhidmatan SDSI dari seluruh Malaysia.

Berlangsung pada 10hb sehingga 12hb Disember 2010, program tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mustapa Muhamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di MITC, Ayer Keroh, Melaka.

Penyertaan FITEC sebagai Industri Sokongan di dalam pameran tersebut adalah bertujuan untuk membantu mengenengahkan dan memasarkan produk perabot usahawan Bumiputera di pasaran terbuka tempatan.

Lebih menjurus kepada konsep ‘Real Ambience’, antara produk perabot yang dipamerkan adalah seperti ‘Classroom Furniture’, ‘Kitchen Cabinet’, ‘Dining Set’, Perabot Bilik Tidur dan Perabot Taman.

Selain untuk dipamerkan di program Showcase SDSI, FITEC juga akan membawa produk perabot tersebut untuk pengisian di  ruang pameran Rumah Melaka di Bukit Katil, Melaka.

Dengan anggaran lebih dari 10,500 orang telah mengunjungi ruang pameran FITEC sepanjang program berlangsung, maklumbalas yang diterima daripada para pengunjung amat menggalakkan di mana Jualan dan ‘Product Enquiry’  telah dapat diwujudkan.

>
     
<
 
Isu Bulan Ini:

lawatan kerja
nota kursus
halatuju pembuatan
how to motivate
petua/tips
artikel seantero
 

Kata-kata Hikmah

"Yang selalu membunuh kebijaksanaan seseorang adalah tamaknya."

- Saiyidina Ali -

Muka Utama | Arkib Buletin
Copyright © 2010
Pusat Sumber Teknologi Perabot MARA (288508-T)
Off Km 13, Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur, Malaysia.
tel: 603-6187 6195 / 96 | fax: 603-6187 6198
url: www.fitec.com.my | email: info@fitec.com.my