"Premier In Furniture Industry"
 
Februari, 2010
Pembaca yang budiman

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca Buletin FITEC keluaran Februari, 2010. Penerbitan buletin dwibahasa secara bulanan ini adalah merupakan aktiviti penyebaran maklumat menggunakan kaedah ekonomik dan pantas bagi menyalurkan maklumat, laporan dan artikel berkaitan industri perabot kepada usahawan dan para pembaca. Sebarang maklumat, artikel atau cadangan yang berinformasi untuk dikongsikan bersama adalah dialu-alukan dan bolehlah diemailkan ke info@fitec.com.my.
PENYERTAAN KE PAMERAN ‘SALONE INTERNAZIONALE DEL MOBILE 2010’, ITALI

‘Salone Internazioanale Del Mobile’ Milan, Itali adalah pameran perabot terkemuka di dunia. Pameran ini telah meletakkan itali sebagai ‘trendsetter’ dan sangat berpengaruh dalam industri rekabentuk perabot antarabangsa.

Justeru itu, pada April 2008 FITEC telah mengambil inisiatif membawa 14  usahawan yang berpotensi sebagai pengekspot ke pameran perabot tersebut. Dengan pengalaman, maklumat, kefahaman dan komitmen yang berterusan oleh FITEC,  pada APRIL 2009, dua (2) usahawan fitec iaitu DP DESIGN SDN BHD dan MIH WOOD INDUSTRIES SDN BHD  telah mengorak langkah dengan menyertai pameran dan menempatkan  produk mereka di pameran ’Salone Internazioanle Del Mobile 2009’ Milan, Itali.

Maklum balas positif pengunjung dari seluruh dunia telah mendorong FITEC untuk terus membangunkan produk dengan lebih serius dengan menggembeling semua usaha kajian pemasaran, pembangunan rekabentuk, prototaip dan aspek pengeluaran ‘mass-production’ . Usaha ini adalah bertujuan  mendapatkan pengiftirafan antarabangsa dan meletakkan perabot keluaran Bumiputera  ke persada industri perabot dunia.

Pada tahun 2010, dengan menggabungkan 3 syarikat usahawan FITEC,  6 produk berasaskan gabungan batik, kayu dan sea grass (natural fibre) telah dibangunkan  untuk dipamerkan di Itali. Syarikat tersebut adalah DP DESIGN SDN BHD, FURNITECH SDN BHD dan JENDELA  KL SDN BHD. Produk tersebut adalah Whale Table Lamp, Whale Single Sofa, Whale Sofa Bench, Quever, LK Secret dan Sila.


Oleh: En. Sofian Abd. Jalil

 
 
-----------------------------------------------------------------
 
Isu Bulan Ini:

lawatan kerja
pemindahan fungsi ERF
pameran iSaloni
program giatmara
program R&D
tanpa amanah

petua perniagaan
artikel seantero
 

Kata-kata Hikmah

"You cannot escape the responsibility of tomorrow by evading it today
."
- Abraham Lincoln -

Muka Utama | Arkib Buletin
Copyright © 2010
Pusat Sumber Teknologi Perabot MARA (288508-T)
Off Km 13, Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur, Malaysia.
tel: 603-6187 6195 / 96 | fax: 603-6187 6198
url: www.fitec.com.my | email: info@fitec.com.my