SIFAR RASUAH

Mengiktiraf Bahawa:
Prinsip-prinsip Pencegahan Rasuah Badan Korporat Di Malaysia, sebagaimana ianya boleh dipinda atau disemak dari masa ke semasa, adalah merupakan prinsip-prinsip di mana MARA dan Subsidiari MARA perlu memberikan komitmen untuk mempromosikan integriti, ketelusan dan tadbir urus terbaik dalam semua aspek operasinya;
Untuk menjalankan perniagaan yang bebas daripada rasuah, sejajar dengan Prinsip-Prinsip Pencegahan Rasuah Badan Korporat Di Malaysia bagi menjaga kepentingan MARA dan pemegang sahamnya, di mana rasuah boleh memusnahkan nilai pegangan saham, menjejaskan keyakinan pada pelabur dan menghalang perkembangan mampan MARA dan Subsidiari MARA.

Bahawasanya kami, seluruh wargakerja MARA dan Subsidiari MARA berikrar:
Tidak akan sama ada secara sendiri atau wakil atau melalui mana-mana ejen melakukan apa-apa kesalahan rasuah atau sebarang bentuk penyelewengan dibawah mana-mana peruntukan undang-undang, termasuk Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 atau Kanun Keseksaan;
Tidak akan menjalankan apa-apa amalan perniagaan atau aktiviti-aktiviti yang memerlukan atau menggalakkan mana-mana pekerja, wakil atau ejen untuk melakukan sebarang bentuk kesalahan rasuah;
Akan bersama-sama dengan pelanggan, rakan kongsi perniagaan, agensi kawal selia dan agensi penguatkuasaan undang-undang bagi mewuujudkan persekitaran perniagaan yang bebas daripada rasuah;
Akan mendukung Prinsip-Prinsip Pencegahan Rasuah Badan Korporat Di Malaysia dalam menjalankan perniagaan dan interaksi dengan pelanggan, rakan kongsi perniagaan, dan agensi Kerajaan; dan
Akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan perbuatan yang boleh menggugat integriti serta menjatuhkan imej MARA dan Subsidiari MARA.