Program PEMACU Pemasaran Perabot Bumiputera (PEMACU)
Scan QR untuk katalog produk PEMACU
KETERANGAN PROGRAM PEMACU
Program PEMACU adalah program pembekalan dan baik pulih perabot ke semua agensi, syarikat dan subsidiari KKDW secara lantikan terus kepada F.I.T Center Sdn. Bhd. (FITEC).
FOKUS PROGRAM PEMACU
Pembangunan semula ekonomi dan keusahawanan usahawan perabot Bumiputera selepas terkesan akibat pandemik COVID-19 dengan lebih teratur, menjurus dikalangan usahawan pengilang perabot bumiputera dan meningkatkan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat luar bandar di bawah industri perabot.
USAHAWAN PERABOT PROGRAM PEMACU
- Syarikat milik penuh (100%) Bumiputera
- Berdaftar dengan MOF dalam Kod Bidang 020199 atau 020101 atau CIDB kod B07
- Berdaftar sebagai panel kontrak dengan MOF bagi Kontrak Pembekalan PCS
- Syarikat bertaraf Sendirian Berhad atau SSM
- Memiliki bengkel pembuatan sekurang-kurangnya 5,000 kaki persegi
JENIS-JENIS PERABOT
- Perabot Bilik Pengurusan
- Ruang Pejabat: Workstation
- Kerusi Pejabat
- Sofa Pejabat
- Kabinet Penyimpanan
- Perabot Akademik & Asrama
- Perabot Makmal
Sebarang pertanyaan mengenai program PEMACU, sila hubungi:
Talian umum – 03-61876195 atau 03-61876200